La Tahzan
Sunday, July 08, 2012 | 0 comments












Annyeong ! That's mean Hello for those who didn't know. Hurm, tengok blog Ijah. Dah tukar kaler kan ! Taaa-dah ! Warna purple gitu.. hehehe.


*ek eleh, ini yang kau nak cakap? Tak de kena mengena ngan entry kau pun*
Alah, itu baru mukadimah jer la. Okay2x back to our entry.

LA TAHZAN.
Tahu apa maksud La tahzan tu? Meh sini Ijah gitaw. Maksudnya jangan bersedih

Korang mesti pernah rasa kecewa sebab keputusan exam tak cemerlang atau keputusan tu bukan seperti yang korang mahu kan? Tipu lah kalau tak pernah. La Tahzan  . Korang pernah fikir, take the positive side. Kegagalan sekali bukan kegagalan selamanya. Kegagalan tu la sepatutnya menjadi batu loncatan kepada korang untuk lebih bersemangat nak tebus semula kesilapan kan. Betul tidak apa Ijah sampaikan nie. Ada seorang guru pernah bagi motivasi kat Ijah dan kawan-kawan kat sekolah, dia cakap ginie:



Orang yang berjaya adalah orang yang pernah gagal  tetapi bangkit dari kegagalan nya itu.

So korang jangan la sampai putus asa nak belajar. Mesti buat sesuatu untuk menebus kesilapan tu, Tak guna nak nangis. Air mata bukan nya dapat mengubah segalanya kan?

Hurm, Korang pernah rasa tak pemergian orang yang disayangi. Ada ahli keluarga meninggal ke, kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang disayangi. Mesti la sedih kan? Nangis? Ijah pun pernah melalui perkara begitu. Datuk Ijah baru je meninggal tahun nie tyme awal tahun tu. Ijah nangis. Sedih sangat. Tapi korang, tak boleh la terlampau nangis. Tak bagus taw kita meratapi pemergian orang. Seperti kita tak boleh menerima Qada' dan Qadar. Kita kena redha dan relakan. Setiap yang hidup pasti akan mati dan itu yang pasti. Kita nangis berapa lama pun, sampai air mata tu boleh penuh satu baldi takkan buat orang yang pergi kembali. Apa yang boleh kita buat? Kita doakan mereka yang pergi. Semoga berada di kalangan orang-orang yang beriman dan dirahmati oleh Allah. 

Ha, yang ini pula. Bagi yang ada boyfriend or girlfriend tu. Break? La Tahzan . Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Nothing happened without reason. Mungkin korang rasa diorang tu Irreplaceable tapi korang kena ingat jodoh di tangan tuhan. Kalau korang break ngan couple korang means bukan jodoh korang ngan dia. Mungkin ada lagi yang lebih baik dari dia. Tak usah la sedih-sedih sampai ada yang nak bunuh diri la. Ish3x. Bunuh diri tu DOSA paham tak! Bagus-bagus hidup nak mati la pula. Hello? bukan seekor dua je kumbang kat dunia nie taw. Berlambak lagi ! Bunga pun ada sekuntum je taw. Bertimbun lagi ! So? amacam?

So kesimpulannya kat sini, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ada sebabnya. Ujian dan dugaan yang ditimpakan ke atas kita ada sebabnya. Allah takkan kenakan ujian atau dugaan kat hambanya kalau kiat tak boleh tanggung. Allah Maha Mengetahui. Allah turunkan ujian tu sebab dia tahu kita boleh mengatasinya. Cuma terpulang pada kita nak buat apa dan macam mana. Kita mesti berdoa selalu untuk diberikan kekuatan atas segala ujian dan dugaan yang berlaku bukannya disenangkan ujian dan dugaan tu. 

Jika apa yang kita doakan Allah lambat makbulkan,
Allah ingin menguji kita.
Jika apa yang kita doakan Allah tidak makbulkan,
Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.




Kalau sedih sangat tak tahu nak mengadu kat siapa. Allah kan ada. Allah Maha Mendengar.






So korang pikir-pikir kan la yaa.






Segala kekurangan mohon diampun maaf. Sila tegur yaa *smile*





?